Wednesday 4 April 2018

8 CARA MENGURANGKAN SAKIT KETIKA WAXING



Credit photo: Google



Hi, assalamualaikum uols.

Korang pernah waxing tak? Waxing ni ialah mencabut bulu di anggota badan contihnya di muka, di betis, muka atau private part. Biasanya ramai orang takut untuk waxing sebab sakit. Yes, Nabila pun mcm tu dulu.

Dan suatu hari tu, Nabila ada baca info-info yg dapat kurangkan rasa sakit ketika waxing. Nabila nak share lah dengan korang. Tadaaaaa.

1. Gunakan ubat tahan sakit
Ubat ni boleh didapati di farmasi. Tapi, bagi Nabila tips di bawah ni juga boleh membantu untuk kurangkan rasa sakit tanpa perlu mengambil ubat mcm ni.

2. Kurangkan minum kopi dan kafein 
Pengambilan kopi dan kafein boleh merangsang deria sakit bila waxing. Jadi, korang cuba elakkan ya untuk sesi waxing yang lancar!

3. Waxing pada waktu yang tepat
Waxing dikatakan seeloknya dibuat pada pukul 4 petang dan ke atas. Hal ini kerana suhu badan manusia pada ketika itu tengah tinggi. Jadi bulu akan mudah tercabut sekali gus memendekkan waktu untuk siap berwaxing. So, plan baik baik ya

4. Jangan wax ketika bulu tak panjang
Anda disarangkan untuk waxing pada ketika bulu tengah panjang. Bulu yg panjang lebih mudah untuk tercabut berbanding bulu yg pendek.  Bayangkan anda kena 'berusaha keras' kalau bulu tengah pendek. Mesti sakit kan :P

5. Beri tumpuan lain ketika waxing
Kebanyakan orang merasakan sesi waxing itu menyeramkan. Jadi, cuba alih perhatian anda kepada benda lain. Contohnya, main phone ke, dengar lagu atau sebagainya.

6. Wax seminggu sebelum haid 
Untuk perempuan, elakkan waxing seminggu sebelum haid atau satu-dua minggu selepas haid. Pada ketika ini, kulit menjadi sensitif & deria sakit mudah terangsang. So, anda kena pilih 'timing' yang baik baik ya!

7. Teruskan bertenang
Jangan stress ketika waxing. Pastikan anda dalam keadaan yg tenang dan jangan letak 'mindset' tu sakit.

8. Scrub sebelum wax
Untuk memudahkan waxing, anda digalakkan scrub dulu di bahagian yg ingin diwax. Ini untuk membuang sel kulit mati & melembapkan kulit, Bila kulit anda lembut maka maka waxing akan jadi lebih mudah untuk dikendalikan dan akan menjimatkan masa anda.  Jadi, korang guna lah body scrub Temyracle untuk lembutkan kulit & buang sel kulit mati tu.  Yay!

Jadi anda ikut sahaja tips ini untuk memudahkan sesi anda berwaxing! :)

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2018 TEMYRACLE. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.