Thursday 5 April 2018

DETOX MASK TEMYRACLE

Hai assalamualaikum semua.
Kali ni Nabila nak menulis tentang Detox Mask Temyracle. InshaAllah Nabila akan bercerita semua tentang Detox Mask.

Okay, mula-mula sekali, Detox Mask ni apa?
Detox mask dikeluarkan oleh Temyracle. Ia merupakan produk keenam selepas produk lain, Mula dilancarkan pada November 2016. Sebelum dilancarkan kepada umum, Temy (founder Temyracle) bagi sample kepada semua resellers untuk cuba dulu. Ni antara feedback Detox Mask pada waktu itu. Nabila pun cuba juga waktu tu, masih ingat sample tu dalam bekas plastik jernih. First time cuba, wah no bad!



Feedback terawal Detox Mask

Feedback Detox mask dari resellers part 1

Feedback Detox Mask dari reseller part 2
So..apa benda Detox Mask ni?
Wellll.....Detox mask ni adalah satu produk yang berasaskan bahan semulajadi iaitu kunyit, madu manuka dan minyak geranium. Tiga bahan ni semua selamat digunakan. Contohnya kunyit, Temyracle tak guna kunyit Adabi tu ye.. ni kunyit yg organik tanpa sebarang campuran. Madu manuka pula Temyracle dapatkan dari Australia (since Australia & New Zealand adalah pengeluar madu manuka). Uols tahu tak madu manuka ni apa? Hehehe Nabila pernah share tentang bahan ni di IG Nabila. (klik sini). Minyak geranium pula didapati dari Young Living. Overall, semua bahan dalam Detox Mask ini berkualiti tinggi. So, harga RM42 tu sangat berbaloi berbanding uols gabungkan sendiri ketiga2 bahan premium ni di dalam satu bekas.

Kunyit
Madu manuka
Boleh search di Lazada harga manuka RM100+


Minyak geranium

 Detox Mask Temyracle


Pakaging lama

Packaging baru (bermula Januari 2018)  & tekstur Detox Mask
                         
Bila buka, ada insert. Teskturnya pekat dan sedikit likat (bergantung kepada suhu)
                   


 Apa fungsi utama Detox Mask?

Fungsi utama Detox Mask adalah untuk merawat kulit breakout. Biasanya kalau uols pernah salah guna produk yg berkimia tinggi, mesti pernah rasa 'seksa' dia macam mana kan? Kulit jadi berjerawat tanpa diundang, jerawat mencanak naik yg akan mengakibatkan kulit jadi nipis dan lama kelamaan akan berparut dan berlubang. Ya Allahh.. kesian. Mula-mula guna produk X tu ok je, lepas berhenti, habissss. Well, ni adalah punca utama kenapa kulit jadi breakout. Mostly customer Nabila pun ramai macam ni. Bila tunjuk muka kat Whatsapp tu, mmg teruk sangatttt. Untuk feedback yg ni nanti Nabila akan cerita lebih details di bahagian feedback later ya.


Ramai yg tanya, apa lagi fungsi Detox Mask? Kenapa dia boleh rawat muka breakout? Sebenarnya Detox Mask ni mampu keluarkan kotoran dari dalam kulit. Nama lagi 'detox' kan, Hehehe. Ia akan membersihkan kulit, pada permulaan akan kena 'healing crisis' untuk pengguna yg pernah guna skincare bermerkuri tinggi. Cuba fikir, uols nak keluarkan kotoran tu atau uols nak peram je dalam kulit? Mesti nak keluarkan kan? Kalau simpan, lama-lama tak elok tau. Biarkan je dia keluar, nanti lama2 ia sembuh juga. Anyway, ia bergantung kpd individu contohnya tengok faktor2 lain juga seperti berapa lama dia guna produk X dan jenis kulit yg dihadapi. Dan, kalau uols nak tahu Detox Mask ni mampu merawat resdung tau! Kata founderm pada mulanya tak berhajat untuk buat Detox Mask ni untuk resdung tapi bila ramai yg beri feedback yg kata resdung makin kurang, terus mcm ohhh boleh juga untuk resdung ye. Hahaha, Bukan sorang dua, tapi ramai.

Selain tu, Detox Mask boleh mengecutkan jerawat dan memudarkan parut. Ini kerana kandungan madu manuka dan kunyit di dalam Detox Mask tersebut. Sekain tu,minyak geranium di dalam Detox Mask boleh mencerahkan kulit, kalau uols ada kulit sunburn.. Ha boleh sangat guna ni.


Siapa patut guna Detox Mask

Seperti Nabila terangkan tadi, Detox Mask mepunyai fungsi utama untuk membersihkan kulit. Tak semestinya kulit yg rosak sahaja boleh guna Temyracle. Untuk sesiapa yg takde masalah kulit, boleh juga gunakan untuk membersihkan pori, memudarkan parut, mencerahkan kulit dan mengurangkan lebam di bawah mata. Tetapi, harus diingatkan, result akan nampak bergantung kepada individu.


Waktu yang sesuai untuk guna Detox Mask
Sebenarnya takde waktu yg spesifik yang sesuai untuk guna Detox Mask ni. Kalau Nabila, Nabila suka pakai pagi. Sebelum tunggu mandi tu, Nabila akan calitkan Detox Mask di muka sementara kemas bilik. Selepas 30 minit, Nabila akan bilas sekali dgn mandi terus. Hehehe. Ataupun kalau tak sempat pagi, uols buat waktu petang/malam pun takpe. Sambil tunggu kering tu, uols boleh lah tengok tv atau baca buku ke. Layan drama korea ke, ah suka hatilah hehe.

Detox mask ni takpe kalau pakai hari-hari. Takde masalah pun, cuma sekali sehari sudah memadai. Nak tahu cara guna yg betul? Teruskan scroll okayyy


Cara guna Detox Mask Temyracle




1. Ambil satu sudu kecil Detox Mask
Elakkan celup jari di dalam bekas. Nabila sarankan uols letak atas piring/penutup untuk pastikan tiada kuma masuk. Tak perlu banyal, sikit pun dah memadai.

2. Campur dengan air/lemon/plain yogurt/aloe vera 
Detox Mask + lemon (sikit sahaja, jangan banyak): Untuk merawat
Detox Mask + plain yogurt (mana2 brand pun takpe): Untuk lembapkan wajah
Detox Mask + aloe vera (gel pun boleh): Untuk merawat jerawat & sunburn

Ratio:
Detox Mask 1: lemon/yogurt/aloe vera 1

3. Sapu di muka 
Uols tak perlu pakai tebal2. Nipis2 pun dah cukup

4. Tunggu sehingga kering
Pakai 15-30 minit. Jangan lebih ya. Time ni uols boleh la nak tengok tv ke, baca buku ke sementara tunggu kering

5. Bilas bersih
Ketika bilas ni boleh guna pencuci muka.
Lepas bilas ni mesti uols perasan kulit makin bersih hehehe



Atau boleh tengok video ni untuk lebih jelas





Cara penyimpanan Detox Mask 
Cara simpan untuk tahan lebih lama, uols digalakkan simpan dalam peti sejuk. Tapi Nabila tahu, tak semua orang ada peti sejuk kan. Uols boleh je simpan dalam bilik asalkan tempat simpan tu kering dan tak terdedah kepada cahaya matahari. 


Expired date Detox Mask 
Shelf life Detox Mask ialah 2 bulan selepas buka. Walaubagaimanapun, kalau warna dan teksturnya tak berubah, uols boleh guna lagi.


Kesan selepas guna Detox Mask
Untuk kulit yg pernah di'manjakan' oleh produk bermerkuri, uols akan perasan jerawat akan muncul selepas penggunaan Detox Mask. Jangan panik! Ini adalah healing crisis di mana Detox Mask telah mengeluarkan segala jerawat, blackhead, whitehad dari dalam. Selama ni kulit flawless je kan, sebenarnya dari dalam pori kulit uols tersumbat. Bila dah detox, dia akan mengeluarkan kotoran. Pada ketika ini, teruskan konsisten guna Detox Mask. Lama lama jerawat tu akan kering dan bersih. 

Harus diingatkan penggunaan Detox Mask mestilah diikuti dengan skrub. Skrub bertindak untuk membersihkan kotoran yg keluar dari kulit uols. Tak cukup untuk bersihkan guna pencuci muka biasa kerana pencuci muka biasa tak mampu membuang sel kulit mati yg menjadikan kulit kusam. Haa.. sekarang tahu tak kenapa kulit nuols kusam selama ni/.


Antara feedback pengguna Detox Mask






Antara feedback Temyracle 

Macam mana nak dapatkan Detox Mask
Boleh Whatsapp Nabila di 014-389-5980
IG: scrub.nabila
FB page: scrub.nabila 


:)






Wednesday 4 April 2018

8 CARA MENGURANGKAN SAKIT KETIKA WAXING



Credit photo: Google



Hi, assalamualaikum uols.

Korang pernah waxing tak? Waxing ni ialah mencabut bulu di anggota badan contihnya di muka, di betis, muka atau private part. Biasanya ramai orang takut untuk waxing sebab sakit. Yes, Nabila pun mcm tu dulu.

Dan suatu hari tu, Nabila ada baca info-info yg dapat kurangkan rasa sakit ketika waxing. Nabila nak share lah dengan korang. Tadaaaaa.

1. Gunakan ubat tahan sakit
Ubat ni boleh didapati di farmasi. Tapi, bagi Nabila tips di bawah ni juga boleh membantu untuk kurangkan rasa sakit tanpa perlu mengambil ubat mcm ni.

2. Kurangkan minum kopi dan kafein 
Pengambilan kopi dan kafein boleh merangsang deria sakit bila waxing. Jadi, korang cuba elakkan ya untuk sesi waxing yang lancar!

3. Waxing pada waktu yang tepat
Waxing dikatakan seeloknya dibuat pada pukul 4 petang dan ke atas. Hal ini kerana suhu badan manusia pada ketika itu tengah tinggi. Jadi bulu akan mudah tercabut sekali gus memendekkan waktu untuk siap berwaxing. So, plan baik baik ya

4. Jangan wax ketika bulu tak panjang
Anda disarangkan untuk waxing pada ketika bulu tengah panjang. Bulu yg panjang lebih mudah untuk tercabut berbanding bulu yg pendek.  Bayangkan anda kena 'berusaha keras' kalau bulu tengah pendek. Mesti sakit kan :P

5. Beri tumpuan lain ketika waxing
Kebanyakan orang merasakan sesi waxing itu menyeramkan. Jadi, cuba alih perhatian anda kepada benda lain. Contohnya, main phone ke, dengar lagu atau sebagainya.

6. Wax seminggu sebelum haid 
Untuk perempuan, elakkan waxing seminggu sebelum haid atau satu-dua minggu selepas haid. Pada ketika ini, kulit menjadi sensitif & deria sakit mudah terangsang. So, anda kena pilih 'timing' yang baik baik ya!

7. Teruskan bertenang
Jangan stress ketika waxing. Pastikan anda dalam keadaan yg tenang dan jangan letak 'mindset' tu sakit.

8. Scrub sebelum wax
Untuk memudahkan waxing, anda digalakkan scrub dulu di bahagian yg ingin diwax. Ini untuk membuang sel kulit mati & melembapkan kulit, Bila kulit anda lembut maka maka waxing akan jadi lebih mudah untuk dikendalikan dan akan menjimatkan masa anda.  Jadi, korang guna lah body scrub Temyracle untuk lembutkan kulit & buang sel kulit mati tu.  Yay!

Jadi anda ikut sahaja tips ini untuk memudahkan sesi anda berwaxing! :)
 
Copyright © 2018 TEMYRACLE. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.